Wednesday, August 24, 2011

Info : Lokasi Speed Trap Sempena Hari Raya 2011





Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung tak lama lagi. Jadi bagi mengelakkan anda daripada disaman kerana melebihi had laju di sesetengah lebuhraya/jalan dan memastikan keselamatan seluruh keluarga anda, admin cuba sertakan lokasi Speed Trap yang akan dijalankan di beberapa Lebuhraya Sempena Hari Raya ini. Ini bukan senjaga dijalankan supaya anda akan disaman tetapi untuk memberi amaran kepada anda agar jangan memandu terlalu laju serta merbahaya. Ingatlah nyawa di dalam kereta anda dan juga kereta yang anda bakal bertembung. Semua mempunyai hasrat yang sama, supaya sampai di destinasi dengan selamat dan gembira. Jadi daripada anda buang duit kerana membuat kesalahan, baik anda pandu mengikut had laju dan berhemah di atas jalan raya.

Lokasi lebuhraya yang memasang Speedtrap (perangkap had laju) Sempena hari raya 2011

PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Gigi Susu yang Comel

[INTRO] Gigi susu punya gigi susu ;D

Main teng teng

otw nak berenang

bersuka ria di kolam renang

belajar masak

jawab telefon

Gigi susu berjalan-jalan

Gigi susu mandi dan gosok gigi ;D

menghadiri parti kostum/halloween

bersukan. Angkat berat.




misi nak jadi tough..

oMoo ~ Gigi susu melukis pelan ;D

Gigi susu nak jadi hero ~

Gigi yang sihat perlu disiram air. ;D

Gigi susu berebut katil D:

Hantar surat kepada gigi-gigi yang lain. Rindu saat bersama2 di dalam mulut dulu.

Gigi melukis ikan paus. ;D


Amacam? Comel x? ^_^v

Sumber: mymilktoof

Dinding Duit Yang Dipenuhi 100,000USD


Terdapat pelbagai muzium di dunia, tetapi muzium ini sangat unik kerana dindingnya dihiasi oleh duit $1usd sehingga $100,000usd. Muzium ini terletak di Guggenheim dan cuma terdapat duit sahaja di dinding sebagai pameran. Tiada barang hiasan lain yang terdapat di situ. Bilik tersebut direka sebagai penghargaan kepada artis Hans-Peter_Feldmann yang telah banyak berjasa dalam bidang seni kontemporari. Lihat gambar2 di bawah. :)


pergh seronok tengok duit ye bang hahaha

Tiang bilik ini juga dipenuhi oleh duit.

bincang perniagaan ke? ;D

Dah masuk, susah nak keluar

Main sorok2.. Ha, plan nak buat apa tu.. huhu

tengah kira duit... lol

zoom dengan lebih dekat

ramai yang nak masuk tengok duit. Nak masuk kena bayar. Haha, siapa yang untung? ;D



13 hari diperlukan oleh para perkerja untuk pin semua duit ini ke dinding. Ruang yang terlalu besar diperlukan untuk memuatkan semua duit ini sehingga ada duit yang bertindih pada satu dinding. Macam best je kan? hahaha rasa macam nak letak di bilik sendiri je confirm tak tahan lama kejap je dah lesap.

sumber : thisblogrules

Thursday, August 18, 2011

Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan itu ada 10 jenis iaitu

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf - Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

6. Murrah - Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud - Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim - Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus - Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.

Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Wallahua'lam.

Monday, August 15, 2011

Keindahan Sungai 5 Warna di Columbia








Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia...






Fakta ringkas: -Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela. -Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna. -Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak. -Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.

Lagi gambar-gambar menarik:



















Amazing right? :)


Thursday, August 11, 2011

Kanak-kanak makan rumput ke sekolah


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.


Credit to : http://www.isuhangat.net

Tuesday, August 9, 2011

Cinta tidak pernah mengenal usia ~


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia.
Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.



Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin….



Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah punya beberapa anak….



Pada waktu itu adalah tidak diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari gosip murahan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.



Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak mempunyai apa-apa, tidak ada elektrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumput dan akar-akar yang mereka dapati di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka.



Xu selalu merasa bahawa dia telah mengikat Liu dan berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu selalu menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.

Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka kehairanan menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, salah seorang daripada 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.



Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai akan meninggal, sekarang kau telah mendahuluikun, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?”
Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenasah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.


The End ~

Wednesday, April 6, 2011

Undang-undang pelik di seluruh dunia

MALAYSIA :

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.


SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.


KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.


SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.


UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.


MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.


AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.


YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.


KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.


PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.


ISRAEL :

* Dilarang memelihara vavi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


AMERIKA :-


- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.


- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.


- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.


- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.


- CONNECTICUT :

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.


- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.


credit to : http://www.aku-sempoi.com/2010/01/undang-undang-seluruh-dunia.html

Wednesday, March 16, 2011

5 Don'ts When You're Sleeping

haa, my blog almost dead..
ooh, let it be..
^^;

1. DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small,but if you wear your watch to bed For a long time, it might have adverse effects on your health.


2.DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that Wear bras for more than 12 hours have A higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

3.DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere Near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as alarm clocks, But please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including Mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system.
Therefore if you need to put your mobile phone near you, Switch it off first.

3.DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere Near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as alarm clocks, But please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including Mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system.
Therefore if you need to put your mobile phone near you, Switch it off first.

3.DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere Near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as alarm clocks, But please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including Mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system.
Therefore if you need to put your mobile phone near you, Switch it off first.

4.DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have Skin problems in the long run.
Sleeping with make up will cause the skin to have Difficulty in breathing and problem in perspiring.. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly..

5.DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again.